Ni nak Story Sket
Di Bollywood, pasangan sejoli Abhishek Bachchan dan isterinya Aishwarya Rai diberi gelaran “The Beauty And The Beast” (Si cantik dan si hodoh) oleh beberapa media tempatan India.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Abhishek dan beliau berkata bahawa dia tidak berkecil hati dan sudah lali dengan gelaran itu. Malah mengakui isterinya terlalu cantik untuk dibandingkan dengan dirinya iaitu seorang lelaki yang tidak mempunyai rupa paras.
“Saya percaya Aishwarya adalah untukku dan saya adalah untuknya. Saya tidak pernah berlawan dengan sesiapa untuk mendapatkan hatinya dan dia juga berkahwin dengan saya bukan kerana saya berlatarbelakangkan nama keluarga Bachchan.“Jadi apabila orang menyamakan saya dan Aishwarya seperti ‘Beauty And The Beast’, tidak mengapa, saya menerimanya dengan hati terbuka. Bagi saya kami sudah ditakdirkan untuk bersama,” katanya kepada portal OneIndia.
Menurut Abhishek, biarpun Aishwarya digelar sebagai wanita paling cantik di dunia namun dia tetap mempercayai kesetiaan isterinya itu walau masih dipikat oleh lelaki lain.
Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada April 2007 dan menimang cahaya mata perempuan pada tahun 2011
No comments:
Post a Comment