Saturday, April 5, 2014

MH370 : Ahli keluarga dapat hubungi penumpang MH370 ?


MH370 : Ahli keluarga dapat hubungi penumpang MH370 ?


Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.
Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.( Artikel


NOTA : Ini bermakna pesawat tidak terhempas..berada di Malaysia/Negara tertentu(ROAMING)..Tapi persoalannya kenapa telco xnak jawab soalan?..kenapa tak nak trace no?...kenapa kena tanya Hishamuddin?..ini yg dikata xsembunyikan apa2?... -_-


No comments:

Post a Comment