Saturday, April 5, 2014

MH370 : Dakwaan Anwar resahkan keluarga penumpang

#KEEPPRAY4MH370

MH370 : Dakwaan Anwar resahkan keluarga penumpang


PUTRAJAYA - Tindakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan dalam insiden kehilangan pesawat MH370 disifatkan tidak berasas dan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kenyataan Anwar itu memberi gambaran seolah-olah kerajaan sedang melakukan sesuatu untuk menutupi apa yang berlaku sehingga boleh meresahkan keluarga penumpang.

“Saya percaya keluarga akan rasa lebih resah dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar.

“Jadi bagi saya, tidak adil kepada kerajaan dan tidak adil kepada keluarga di mana kita telah memberikan maklumat sepenuhnya kepada keluarga penumpang tersebut

“Adanya kenyataan ini, akan ada banyak tanda tanya sedangkan beliau cuma mengutarakan kenyataan tersebut tanpa fakta dan sebarang bukti yang mengatakan bahawa kita sedang menyembunyikan fakta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Perkembangan terbaru, Anwar dilaporkan The Telegraph berkata kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal mengenai insiden kehilangan MH370 itu.

Ujar Khairy lagi, tindakan Anwar itu "seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan dan pihak berkuasa yang terlibat sedang membuat sesuatu untuk ‘cover up’ tentang apa yang berlaku dan ini langsung tidak masuk akal.

“Kita telah melaksanakan yang terbaik untuk mencari pesawat ini daripada hari pertama dan tindakan beliau menggunakan pentas media antarabangsa untuk menimbulkan soalan-soalan begini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau melihat tindakan Anwar itu mencerminkan hasrat sebenar Ketua Umum PKR itu yang mahu mempolitikkan insiden itu demi kepentingan peribadi dan politiknya.

“Kita telah beri banyak jawapan kepada soalan-soalan yang telah pun ditimbulkan mengenai radar tentera udara dan sebagainya. Beliau masih lagi bangkitkan perkara tersebut tetapi yang paling serius adalah membuat tuduhan bahawa kerajaan kita dan pasukan keselamatan terlibat dalam usaha untuk kita sembunyikan fakta daripada masyarakat antarabangsa.

“Itu adalah perkara yg saya anggap begitu serius sekali sebab kita telah bekerjasama dengan negara luar dari hari pertama

“Jadi untuk dituduh bahawa kita sembunyikan maklumat, kita terlibat dan sebaginya adalah tindakan yang begitu negatif. Saya sendiri selaku anggota pentadbiran kerajaan, saya rasa tuduhan beliau itu amat tidak adil kepada kerajaan dan mencemarkan imej negara kita dalam masa dimana kita perlu bersatu dgn rakan-rakan di negara lain untuk mencari pesawat MH370,” katanya.

4 comments:

  1. Anwar tu raja lawak

    ReplyDelete
  2. menuduh seseorang melakukan sesuatu kesalahan sepatutnya perlu hujah dan juga bukti2 kukuh.Begitu juga kalau mempertahankan seseorang itu dari kesalahan yang tidak dilakukanya juga perlu hujah dan bukti2 .........tapi orang sekarang menuduh atau mempertahankan seseorang membuta tuli tanpa bukti2..pelik2...

    ReplyDelete
  3. Malaysia kosong pesawat lebur penumpang mosnah

    ReplyDelete