BR1M 2014 : Kenapa Ramai Masih Belum Terima ?? (INFO) | Siapa disini memohon BR1M 2014, Anda sudah terima BR1m anda , ke BR1m masih belum masuk, ini SEBABNYA..
BR1M 2014 : Kenapa Ramai Masih Belum Terima ?? (INFO)
Sebab Kenapa Ramai Masih Belum Terima BR1M 2014. Seperti yang sedia maklum,Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 atau BR1M 3.0 telah mula diagihkan kepada golongan sasaran bermula 22 Februari 2014 yang lepas. Pemohon yang telah mengemaskini akaun bank untuk menerima bantuan BR1M 2014 sudah semestinya bersyukur dan senang hati kerana bantuan BR1M telah dapat dengan mudah kerana ianya terus disalurkan kepada akaun bank masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya. Tetapi disebalik berita gembira itu, timbul berita yang akan merisaukan ramai orang kerana terdapat segelintir rakyat yang sudah mengemaskini akaun bank atau tidak tetapi masih tidak dapat bantuan BR1M 2014.
Sebab Kenapa Ramai Masih Belum Terima BR1M 2014
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, terdapat segelintir pemohon yang sudah mengemaskini akaun bank tetapi masih belum mendapat bantuan BR1M 2014 kerana menghadapi sedikit masalah teknikal berkaitan pengagihan bantuan tersebut dan perkara tersebut sedang diatasi dengan sebaik mungkin.
Selain itu, mereka yang tidak kemas kini akaun atas sebab dan alasan tertentu akan dapat bantuan BR1M 2014 secara berperingkat sehingga 15 Mac 2014.
No comments:
Post a Comment