Wednesday, March 19, 2014

Pampasan awal dibayar

WARIS penumpang MH370 yang hilang tidak dapat menahan sebak ketika dia keluar dari dewan taklimat di sebuah hotel di Beijing, semalam.

Pampasan awal dibayar

Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) selaku pemilik pesawat penerbangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapalnya sudah dibayar 100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.
Reuters memetik akhbar harian German, Handelsblatt yang melaporkan Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain. 
Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.

“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.

Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara.


No comments:

Post a Comment