JUMAAT lalu, kita digemparkan dengan berita kematian enam anak muda yang maut akibat pengambilan dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas sewaktu konsert ‘Future Music Festival Asia’ (FMFA) di Stadium Bukit Jalil.
Luahan Abang Kepada Sabreena, Remaja Maut Konsert FMFA
Apa yang menyedihkan, empat daripada merupakan anak Melayu beragama Islam.Ia sekaligus mengundang pelbagai komen daripada masyarakat dan rata-rata mereka melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, ada juga yang melahirkan rasa marah mereka dengan komen-komen yang kasar sehingga mengguris hati keluarga mereka.
Justeru, abang kepada salah seorang remaja yang maut, Sabreena Kamarudin telah memuatnaik status luahan hati di akaun Facebook milik adiknya itu.
Assalamualaikum,
Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.
Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi.
Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.
Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga.
Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.
Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat.
Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah.
Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.
Ingatlah adikku dalam doamu. – Amirul Aftar.
Bagi penulis, adalah lebih baik kita mendoakan ketenangan untuk mereka kerana sehingga ke hari ini, kita masih tidak mengetahui adakah mereka sengaja mengambil dadah secara berlebihan atau tidak.
Ini berdasarkan siasatan pihak polis yang memaklumkan bahawa kemungkinan ada sindiket dadah yang sedang menguji dadah jenis baru sebelum dipasarkan.
Jika mereka melakukan kesilapan sekalipun, kita masih tidak mempunyai hak untuk memaki-hamun dan menjatuhkan hukuman ‘neraka’ kerana kita sendiri pun bukanlah maksum.
Sebaiknya, jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar di masa akan datang.
APA YANG BAIK DARI ALLAH, APA YANG BURUK DARI KITA..
SEKIAN.
terbaik . statement yang sangat bagus ! manusia mudah menghukum tanpa usul periksa . ape2 pun,salam takziah sy ucapkan kepada keluarga mangsa . sama-sama kita jadikan pengajaran . al-fatihah .
ReplyDeleteye la..siapa kita untuk mengukum...tuhan tidak uji kita..jika kita yg berada dlm situasi itu, tentu kita pun .....
DeleteAllah tidak zalim utk membiarkan hambaNya yg taat utk kembali pdNya dlm keadaan sedemikian. Bukan menghukum. Jauh skali utk ikut campur urusan dan kerja Allah. Itu takdirnya. Tapi takdir itu berlaku atas pilihan. Mana mungkin kaki yg melangkah ke tempat sedemikian tidak sedar akan perbuatan itu. Mungkin kita lepas pandang. Berapa ramai anak2 kita akhir zaman ini yg pijak semut tak mati bila di depan keluarga dan ibu bapa. Sebaliknya di blkg,the true colour baru nmpak. Btw,semoga roh allahyarhamah di ampuni dan sy amat2 setuju atas cadangan abg beliau utk mntak jasa baik delete semua pic adiknya yg mengaibkan. Skali kita nenutup aib saudara kita di dunia,Allah akan menutup aib kita di akhirat.
ReplyDelete