Menjelang Hari Pernikahan, Syamsul Yusof Disyaki Denggi | itulah yang di hadapi SOL , pasti ini satu Ujian yang sangat berat buat Syamsul & keluarga.Baca Selanjutnya...
Hanya tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berlangsung. Agak sedih juga apabila Abang Nara mendapat tahu mengenai Syamsul Yusof yang telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles kerana disyaki menghidap demam denggi. Sesungguhnya ini adalah satu ujian yang besar buat Syamsul.
Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan yang anaknya itu sempat bergurau untuk bernikah di hospital sekiranya keadaan dirinya tidak bertambah baik. Kata Datin Patimah Ismail kepadaMstar Online:-
Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi.Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Syamsul Yusof bertambah baik dan dapat meneruskan perancangan untuk bernikah seperti biasa. Untuk makluman, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung Sabtu ini di Masjid Sri Damansara sekitar jam 10 pagi. Semoga Syamsul sihat sebelum hari pernikahannya. Insya Allah.
Dugaan dan Ujian Tuhan kepada syamsul , Admin doakan Syamsul tabah mengahrungi Dugaan , dan diharap cepat sembuh.
Sekian.
Terima kasih.
Dugaan dan Ujian Tuhan kepada syamsul , Admin doakan Syamsul tabah mengahrungi Dugaan , dan diharap cepat sembuh.
Sekian.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment