Pelik tapi benar. Pelakon ini telah meminta isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan memohon maaf kepadanya secara terbuka kerana memfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
Selain Hanez, suami Liyana Manan iaitu Romie Razin Adilha yang sebelum ini dikenali sebagai Mr. R turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing. Kata Hanez:-
Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.
Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.
Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
P/S: Pelik lah dah sekarang ni.. Orang yang Suaminya kena rampas pulak kena minta maaf kepada si Perampas.. Dunia.. Dunia..
SEKIAN.
TERIMA KASIH
=============================================================================================
8GAGMY.blogspot.com PAGE LAWAK MALAYA
=================================================================================
bukan hensem sgt pon.. ceh!
ReplyDeletetak kisah lah 8 bulan ke 3 bulan ke, yang fakta sekarang ni awak menjalinkan hubungan dengan suami liyana apa bukan? ya, kan? malu? seawalnya awak cuba tidak mempermalukan diri sendiri dengan keluarnya statement dari mulut awak sendiri. sepatutnya awak pun boleh dikenakan tindakan undang-undang syariah sebab jadi orang ketiga.
ReplyDeletesi suami pula, sepatutnya menyelesaikan urusan dengan isteri terlebih dahulu, memanglah dengan siapa awak bersama itu hak awak tapi urusan jadi kecoh oleh kerana ulah sendiri. ini bangkit menentang si isteri. dunia2 !!
pengajaran: jangan sampai perkara yang sama ni kembali terulang pada diri awak sudah la ya... semoga boleh di selesaikan dengan cara aman. amin :)
tak kira lh 8 bln ke 3 bln ke? tp laki tu masih status suami kn? saper yg mulakan kata mr R tu duda?..nak suruh lyana mintak maaf? cesss agaknyer kalau hanez di tmpat lyana mcm mn? ngan nafkah anak lg? lu tgk ngan mata hati la babe..jgn asal sedap jer peluk laki org kat thailand no.
ReplyDeletemcm bodoh jaaa...tu lah.... bila dah jd artis.....dia rasa diaa jalah betuii...dia ingt dia dah ada bejuta2 ilmu kut...cet.....podaaah.....balik skolah laaaah...blajaq agama balik
ReplyDelete